ocay, blogging sambil duduk. tapi posisi duduk yang macam mana? pilih pilih :D
A. Merapatkan kedua belah kaki
seorang yang sangat berhati hati dan tak suka luahkan perasaan sendiri. dia amat berwaspada dengan orang yang baru dikenalinya dan tak mudah akrab dengan orang. untuk berhadapan dengan orang seperti ini, memerlukan keyakinan yang tinggi.
B. Menyilangkan kedua belah kaki
Seorang yang tidak pedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya dan gemar keluar dengan teman teman yang bersikap jujur, ringkas dan berfikiran terbuka.
C. Hanya menyilangkan kedua pergelangan kaki
Gaya duduk ini dimiliki oleh orang yang agak manja. dia sangat berhati hati dengan dengan orang yang disekelilingnya dan tak sukakan orang yang bercakap tanpa berfikir. untuk berhadapan dengannya, anda perlu bersopan santun dan menjaga tingkah laku.
D. Membuka lebar kedua tumit kaki
Sikapnya terhadap orang yang baik atau jahat amat jelas dan boleh dilihat. dia tak sukakan kejutan dan apabila bercakap tentang keburukan atau kekurangan orang lain, dia suka melihat pada kebaikan orang itu. jika mahu mendekatinya, jangan ragu-ragu. tapi awas jika kepercayaan dikhianati.
E. Menutup kedua belah kaki dan dibengkokkan sedikit ke kiri atau kanan
Seorang yang amat tipikal dan memiliki rasa bangga yang amat menebal terutamanya kepada orang yang baru dikenalinya. jangan lupa untuk memuji kecantikan dan kebijaksanaannya apabila berhadapan dengan mereka. dia juga amat mementingkan adab sopan.
kau yang mana? aku? D kot. huhu
5 comments:
ahhaha.awesome,tengs.at least i got an idea on how to switch cara duduk saya:D
eh,jgn.haha :D zulaikha type mana?
aisemen.. tak ada yang sama pun.. haha
Recent post: Padah PM Dato's Sri Najib
tade yg sama?duk bersimpoh kot?haha :b
great info dear. blogwalking :)
Post a Comment