Monday, January 31, 2011

tanak,cakap je lah!

geram tau bila kita msg orang, punya la panjang lebar or at least sepatah perkataan kita tulis,dia reply "k" or ape ape 1 huruf yang bersamaan dengan maksud "k" itu tadi. adoilaaa.
mentang mentangla aku pernah buat benda yang sama. takpe takpe...
sabar je laa. malas da aku nak terhegeh hegeh cari kau lagi. pergila buat ape kau suka. mengada ngada!

*nasib baik aku takde kasut heels macam ni. 
kalau tak, da lama bontot kau berbekas!*

Sunday, January 30, 2011

Even aku dah lambat, aku peduli ape.

Start 10.30 a.m until 5 p.m, Nad and i hang out together. saje,bosan duduk rumah. and dia pun cuti seminggu sempena CNY akan datang ni. dahla hujan lebat. Kluang, banjir kot. luckily, jalan nak ke bandar tu tak banjir.

*this is Nad, my primary school mate :)

mak aku siap pesan awal awal. "drive kereta tu hati hati. drive ikot kiri je. jangan kanan".
hoho, yelah mak :D anakanda menurut perintah. cuak jugak la drive hujan. tu belum lagi kira pengalaman aku drive tanpa cermin depan tu. adik aku gi langgar bucu lori then cermin depan barai. nak tanak,aku kena la hantar bengkel TANPA cermin depan. perit kot titisan hujan kena muka. takpa, muka tak lawa mana pon nak jaga...



ocay2,da melalut. next thing is tengok khurafat.
BEST, TERUJA, SCARY!!! 
haha. aku and nad banyak kali la memekik dalam mbo cinema, kluang tuuuu. dahla penonton around 10 persons je.haha cerita ni overall best la.aku bagi 4.8/5 bintang. hehe cuma ending kuciwa sket la sebab syamsul mati kan. tapi part dia balik umah mak dia tu yang best sket. huahua hantu dia pun menakutkan. aku da sampai tutup tutup mata. konon la tanak tengok, padahal dok skodeng belakang jari. gedik kan? =.="


syamsul yusof hensem kannnn?huhu. liyana jasmay berlakon pun sangattttt ocay. tak nampak la kekok berlakon jadi bini orang. dahla dia kurus gilaa. :D tengok macam secocok pun ada.haha! mengarut....

even aku da lambat tengok cita ni, aku kesah pa? at least aku da tengok. :D

and lepas tu, pegila shopping. sempat la aku sambar dua beg. huhu tengah stress, maklum la :)
and stokin tangan, guna masa driving. dari sox world
TQ nad sebab sudi keluar ngan aku :D

Friday, January 28, 2011

Posisi duduk cermin peribadi.

DUDUK
ocay, blogging sambil duduk. tapi posisi duduk yang macam mana? pilih pilih :D

A. Merapatkan kedua belah kaki


seorang yang sangat berhati hati dan tak suka luahkan perasaan sendiri. dia amat berwaspada dengan orang yang baru dikenalinya dan tak mudah akrab dengan orang. untuk berhadapan dengan orang seperti ini, memerlukan keyakinan yang tinggi.

B. Menyilangkan kedua belah kaki

Seorang yang tidak pedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya dan gemar keluar dengan teman teman yang bersikap jujur, ringkas dan berfikiran terbuka.

C. Hanya menyilangkan kedua pergelangan kaki

Gaya duduk ini dimiliki oleh orang yang agak manja. dia sangat berhati hati dengan dengan orang yang disekelilingnya dan tak sukakan orang yang bercakap tanpa berfikir. untuk berhadapan dengannya, anda perlu bersopan santun dan menjaga tingkah laku.

D. Membuka lebar kedua tumit kaki

Sikapnya terhadap orang yang baik atau jahat amat jelas dan boleh dilihat. dia tak sukakan kejutan dan apabila bercakap tentang keburukan atau kekurangan orang lain, dia suka melihat pada kebaikan orang itu. jika mahu mendekatinya, jangan ragu-ragu. tapi awas jika kepercayaan dikhianati.

E. Menutup kedua belah kaki dan dibengkokkan sedikit ke kiri atau kanan

Seorang yang amat tipikal dan memiliki rasa bangga yang amat menebal terutamanya kepada orang yang baru dikenalinya. jangan lupa untuk memuji kecantikan dan kebijaksanaannya apabila berhadapan dengan mereka. dia juga amat mementingkan adab sopan.


kau yang mana? aku? D kot. huhu