Tuesday, February 1, 2011

Tajwid: Tanda Waqaf - part I

**entri sekadar untuk peringatan aku dan sesiapa sahaja yang membaca atau tersinggah di page aku**


orang Islam kalau tak baca al-Quran, aku tak tahu la nak cakap cmna. semoga dia diberi hidayah oleh Allah. tapi, bagaimana pula dengan orang yang macam kita membaca al-Quran tetapi akhirnya dilaknat oleh al-Quran itu sendiri?wallahualam.

pertama, hukum mempelajari tajwid adalah fardhu kifayah dan hukum beramal dengan ilmu tajwid ini adalah fardhu ain ke atas orang orang Islam yang telah mukallaf dan berdosa serta dilaknat sesiapa yang membaca al-Quran tanpa memelihara hukum tajwid. 

terdapat 3 golongan yang dilaknat al-Quran (mudah mudahan kita semua terhindar dari perkara ini).

1. dia menyedari bacaannya tidak berapa lancar dan perlu dibaiki tetapi dia tidak berusaha untuk memperbaikinya. 

pendapat aku, janganlah jadi bodoh sombong tentang ilmu tajwid. biar kita da besar panjang tua ganyut pun, kita masih lagi menghadiri kelas-kelas mengaji. ilmu tajwid bukan boleh dipelajari sehari dua. berapa kali aku belajar tajwid dalam kelas agama,sekolah agama?sepanjang 5 tahun duduk sana hukum yang sama tetapi diulang supaya melekat dalam kepala. *teringat plak kenangan berlari lari ke rumah makcik yang mengajar mengaji. :')*

2. bacaan nya lancar dan bagus tetapi dia tidak berusaha memahami isi kandungan atau makna ayat-ayat di dalam al-Quran.

lebih kurang macam membaca buku novel bahasa inggeris tapi tak tahu makna, tak merujuk kamus.

3. bacaannya lancar dan baik serta memahami intipati ayat al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

yang ini,aku kurang arif untuk menafsir. contoh mungkin dia seorang pelajar yang baik, sopan santun, mengaji selepas solat 5 waktu, tetapi dalam masa yang sama menyakiti hati kawan-kawan, derhaka pada ibu bapa dan sebagainya.

(sumber: MindaHana)

berbalik pada tajuk asal. tajwid kali ini yang aku ingin tekan kan dalam pembacaan al-Quran ialah tanda waqaf yang terdiri daripada 4 tanda bacaan resam Uthmani. untuk entri ini, aku beri kan 2 tanda waqaf dahulu.

1. WAJIB BERHENTI ('Miim')




tanda waqaf ini dipanggil waqaf lazim yakni, mesti diwaqagkan bacaan padanya. sekiranya bacaan disambung, ia akan menjejaskan maknya ayat yang dibaca.

2. HARAM BERHENTI ('Lam Alif')




'Lam' di dalam bahasa Arab bererti tidak. tanda waqaf ini dipanggil 'Lam Alif'. ia juga disebut waqaf mamnuu' yang bererti dilarang berhenti pada tanda tersebut.

untuk 2 tanda waqaf lagi,akan bersambung pada part II. insyaAllah ada kelapangan. semoga dipermudahkan dalam urusan menuntut ilmu. sambil sambil itu, mengaji lah dengan cikgu-cikgu mengaji yang telah dilantik oleh Jabatan Agama negeri masing-masing.

1 comments: